Advertlets

Jumaat, Januari 30, 2009

Ahmad S siri # 5

Bertemu lagi dalam siri Ahmad S. Aku rasa la kan, memori aku telah di defrag semula dan folder Ahmad S telah dibawa ke atas untuk capaian paling pantas. Maka, tersingkaplah kisah-kisah Ahmad S yang aku tak teringat pun, tapi bila disentak dengan beberapa perkataan atau kadang-kadang bila baca komen, aku terus teringat semula. Kisah ini memang berharga. Memang 'rare', kedai bundle pon takde jual. Rugi kalau dilupakan atau disimpan.

Kurang-kurang, aku telah mendokumentasikan ini untuk koleksi anak cucu aku dan Ahmad S sendiri. Tak la semua aku nak kena cerita balik kat Aqil & Ammar bila dorang dah besar nanti. Tak la bila raya nanti dorang tanya balik kat aku, pakcik Ahmad S tu sape Abah? Kenapa TV kat rumah dia besar Abah? Kenapa Abah sembang lama sangat dengan dia sampai kami boring? Hahah.

Berbalik pada kisah sebenar, masuk siri ke-lima ini, lebih kepada kesinambungan siri sebelum ini. Plot cerita masih pada zaman yang sama (tahun 1998), bingkai masa yang sama, iaitu ketika kami kekeringan idea untuk membuat apa-apa aktiviti semasa hujung minggu. Masa ini, masing-masing ada walkman je sebagai sumber hiburan. Mana ada komputer nak buat layan lagu dalam winamp ke, main game Red Alert ke, tengok CD cetak rompak ke. TV apatah lagi, kurang-kurang dulu kat asrama kat sekolah ada bilik TV, kat sini mana ada. (anak2ku, ingat, ini fakta buat kamu di masa hadapan nanti)

Jadi selepas cuti hari raya, aku bawak satu jenis barangan elektrik yang menjanjikan hujung minggu kami penuh dengan aktiviti yang ceria atau kami panggil 'Projek' pada masa itu. Sebab kat rumah memang ada lebih, maka aku tak perlu mintak kat mak untuk beli baru, guna je yang dah ada. Baru sekarang aku paham kenapa aku mintak pak belikan beg baju kaler biru cap Diadora masa mula-mula nak masuk kampus dulu. Aku gunakan sebaik mungkin beg-biru-besar-gila- muat-Raman pada waktu itu untuk aku bawak balik barangan elektrik ini. Aku kendong balik naik bas dari Seremban ke Skudai. Naik pulak bas berhenti-henti dari Skudai masuk kampus. Barangan elektrik itu turut terhinggut bila dikendong dan mengeluarkan bunyi. Orang pandang, aku buat muka takde pape. Sampai kolej, aku simpan dulu barangan elektrik dalam almari. Petang itu baru aku bawak ke bilik Mohd T dan Ahmad S. Ya, kini hidup kami hampir sempurna. Kami sudah mempunyai periuk nasi elektrik bersaiz besar!.

Hujung minggu itu juga kami telah merancang dengan sempurna tugas masing-masing. Minyak, tepung, garam, gula, kuah kari beli bungkus kat kafe, baldi rendam baju Mohd T serta para peserta program dikumpul. 6-7 orang juga yang turut serta dalam 'Projek' kali ini. Duit dikutip dan dibahagi sama rata untuk menampung kos perbelanjaan. sabtu itu, kami buat roti canai !!. Lebih mesra dikenali dengan nama ROTI CANAI SEPENDA. Kerana rupanya yang lebih segitiga dari segi empat dan berlubang-lubang selepas ditebar dan dimasak. Bagi peserta-peserta dari sekolah lain, mereka kagum dengan aspek survival kami. Bagi kami, ini baru permulaan, sebelum ini nasi goreng mahupun tom yam pernah kami masak menggunakan periuk nasi di sekolah lama. Macamana pun memang terbaik roti canai kami hari itu. Rasa-rasa dapat sorang 3 keping. Garing. Mohd T adalah chef utama kami hari itu.

Hujung minggu lagi satu, disebabkan masih berbaki minyak yang kami beli, aku mengajak Ahmad S untuk Projek 2 - mencari buah-buahan tempatan di sekitar kampus, mana tau jumpa ubi kayu ke sukun ke, boleh buat goreng tepung. Aku dah target lama dah buah sukun kat tepi blok fakulti Sains. Tempat kuliah kami. Aku kenal benar pokok sukun itu, bentuk buahnya, rupa paras daunnya. Aku yakin sebab rumah tok wan ada pokok yang sama. Aku rasa hiba bila melihat buah yang masak jatuh dan membusuk di tanah. Tak de sapa yang kait. Rugi. Dalam hati bila ada masa, akan aku ajak Ahmad S kait buah ni buat goreng tepung. Ini harinya.

Berbasikal kami ke tempat yang telah ditetapkan. Kampus masih lagi cuti rasmi 3 bulan, jadi tidak ramai yang ada di kampus kecuali kakak-kakak dan abang-abang tahun akhir yang tengah sibuk buat PSM. Aku mendongak mencari buah yang sesuai dikait. Ahmad S menjaga garisan (cover line). Tak da galah mahupun kayu yang panjang buat kami mengait, maka ranting kering menjadi pilihan untuk dibaling tepat ke arah tangkai buah. Baru je nak baling, ada kakak lalu, kami buat-buat takde apa-apa. Tengok tanah, kuis-kuis. Selesai dia berlalu, aku mula membaling. Tak kena, kutip kembali ranting kayu itu dan mula semula. Ahmad S turut serta, dibalingnya selipar dia. Usaha tangga kejayaan, sebiji buah sukun yang sedang elok berjaya kami jatuhkan. Selesai satu checkpoint.

Kami meneruskan pencarian ke check point kedua. Pokok kelapa rendang sebelah SUB. Nampak je macam rendang, tapi kalau berdiri hulur tangan ke atas masih belum berjaya mengapai buah kelapa muda yang mengiurkan itu. Melompat pun tak sampai. Basikal Mohd T aku sandarkan ke pokok kelapa. Ada pula kereta yang lalu, terpaksa kami buat-buat macam tiada apa yang berlaku lagi sekali. Aku panjat naik atas basikal, Ahmad S pegang basikal supaya tak tergelungsur. Sebiji buah kelapa dipetik. Apa kreteria yang digunakan untuk memilih, aku pun tak tahu, tengok semua sama je. Disebabkan aku dah pegang sebiji buah sukun, kami hanya bawa balik sebiji je kelapa muda. Terlupa nak bawa plastik mahupun beg, maka kami mengayuh basikal dengan sebelah tangan memegang hasil pencarian dan sebelah lagi memegang hendel basikal. Daya keseimbangan badan yang baik diperlukan untuk sampai kembali ke kolej. Dalam kepala sudah terbayang sukun yang digoreng dan air kelapa muda penghilang dahaga. Fuh..

Sampai di blok Ahmad S, aku terus menyiang buah sukun. Ahmad S dah bersiap-siap dengan periuk elektrik, tepung dan minyak. Yang ada hanya pisau potong bawang. Aku hiris sedikit kulitnya. Baru aku perasan, aku tak tahu cemana nak menyiang buah sukun ini sebenarnya. Belasah jela. Aku hiris lagi kulit buah sukun ini. Eh, lain macam je rupanya. Aku tanya Ahmad S, macam mana sebenarnya nak buat dengan buah ni? Ahmad S geleng sambil bahu terhinggut, mana aku tau, ko yang patut tahu. Aku ambil keputusan membelah dua buah ini. Aku ragu-ragu dengan paras rupa buah ini bila tengok rupa kulit itu dihiris. Setelah berhempas pulas, buah Sukun terbelah dua. Rupa paras buah Sukun yang terbelah dua itu sungguh sama sekali tidak seperti buah Sukun sebenar. Sah, ini bukan buah Sukun!!

Projek petang itu gagal. Kelapa yang dipetik juga menghampakan, isinya tiada. Mujur airnya boleh tahan. Rugi je petik satu, baik petik dua. Tapi kami tidak sanggup lagi menggadai muka lagi memetik buah kelapa mahupun buah 'sukun' selepas itu.

p/s: Aku ada koleksi gambar untuk Projek Roti Canai Sependa, tapi tiada pengimbas, dulu ambil gambar guna filem je. Akan tetapi gambar ini boleh menjatuhkan airmuka seorang kontraktor kelas F, jurutera kanan kelapa sawit, jurutera syarikat analisis minyak, jurutera syarikat minyak tempatan serta beberapa orang profesional lain.

Khamis, Januari 29, 2009

Tulis-tulis

Tak kan semua nak cerita je kan, dah la cerita siri semuanya.

Hari ini saja tulis-tulis tanpa perlu terikat pada apa-apa konsep.

Pertama kali, ingin mengucapkan terima kasih pada yang sudi melawat blog ini. Helmi Majid, Saiful (Ustaz), Helmi Mat Dalan (bila la mamat ni nak buat blog sendiri, baca blog orang suka, hahah), Azalina, Nazlan, Pawie, Syila(ada blog tapi aku tak mintak permisi nak link) serta Shidah, Man dan Qis. Pada yang tidak disebutkan nama, aku sama sekali tidak tahu kamu membaca blog ini dan mungkin anda pelawat yang tegar tapi malu. Takpe, kalau ada blog, tinggalkan la jejak, bleh aku link sekali. Mekasih juga pada yang sudi link kan blog ini pada blog korang. Begitulah kita dalam adat berblog.

Apapun, pada yang meninggalkan komen, mekasih! Bagi orang yang baru ada blog sendiri, rasanya macam dapat surat cinta. Berbunga-bunga serta melayang-layang rasanya bila tahu ada orang sanggup baca dan komen apa aku tulis. Hahah. Itu bagi aku la, bagi orang lain mungkin ada motif tersendiri mengeluarkan cerita dalam blog mereka. Korang punya blog hari-hari aku buka, kalau ada cerita baru, aku baca. Kalau rasa nak memberi pendapat, aku komen. Apa pun ceritanya, bagi aku ia adalah informasi dan pengetahuan baru untuk aku. Kita mungkin dah kenal dari kecik, tapi adanya blog, kita lebih tahu personaliti sesorang itu. Apa yang terpendam. Apa jati diri dia. Tak gitu?

Siri Ahmad S aku rasa macam nak katup dah, bila pikir-pikir, banyak pulak aku tulis mengenai Ahmad S dalam sebulan nih, aku pulak yang rasa semacam, agaknya Ahmad S rasa tak macam tu? Sori ye Ahmad S, siri ini adalah rakaman semula memori dulu. Kita sama-sama membesar dari budak sekolah jadi remaja contoh, maka aku rasa ia patut di dokumentasi. Hahah. Tujuan aku nak katup sebab aku takut nanti ada yang membuatkan Ahmad S kecik hati dengan apa yang aku tulis, kalau ia dipanjangkan lagi. Hahah. Jadi mungkin ada lagi 2-3 siri je lagi kot. Kalau Ahmad S kasi sokongan moral, mungkin boleh diperpanjangkan sampai dia kawin nanti! Kira macam prelude mempromosi Ahmad S sebelum dia ke jinjang pelamin. Mana tau, sempat dia femes dalam 2-3 bulan ni, ada la syarikat beras ke syarikat kari ke nak sponsor majlis dia. Murah rezeki Ahmad S yang baru je naik pangkat itu. Hahah.

Bulan ini juga aku rajin menulis dan mengeluarkan entri baru. Apa gila, sebelum ni nak dapat 2-3 cerita sebulan pun payah. Mungkin sebab aku merasa bagi orang yang pernah buka blog ini, bila dia datang kembali nak membaca lagi, tapi takde cerita baru, aku rasa tak adil sebab aku telah mencuri hati mereka dengan cerita-cerita sebelum ini, lepas tu aku lambat bagi cerita baru. Hahah. Aku rasa la. Sebab aku rasa macam tu bila baca blog orang. Hahah.

Rasanya takat tu dulu untuk kali ini. Sekian.

Rabu, Januari 28, 2009

Gaza II

Ingat nak tulis skali je isu ini, tapi rasa ada lagi yang patut dikongsi.

Masa aku tulis dulu, lebih kerana aku rasa apa yang adil, apa yang tak adil. Kenapa nyawa tak berdosa jadi mangsa. Kenapa bertindak kejam?.

Kali ini, aku nak tulis pasal tindakan. Apa yang kita boleh buat. Sebarkan pengetahuan dan kesedaran, bahawa ini bukan isu remeh, ini melibatkan nyawa, maruah dan martabat sebuah negara - Palestine.

Syabas untuk Frederic Kanoute, dia berani bukak jersi Sevilla dia dan tunjuk T-shirt dalamnya, tertulis nama negara Palestine, bila menjaringkan satu gol pada perlawanan Piala Raja Spain. Dia kena kad kuning dan dikenakan denda sebab menyebarkan idea keagamaan dalam permainan, apa sangat denda dan kad kuning berbanding mesej yang ingin disampaikan. Satu kelab dari Iran memberi kesediaan untuk membayar denda itu. Dia bukan rakyat Palestine, dia dilahirkan dan dibesarkan di Perancis, tapi memilih kerakyatan Mali dan bermain untuk Mali dalam Kejuaraan Afrika. Dia juga satu-satunya player Sevilla yang tak pakai jenama sponsor pada jersinya sebab sponsor jersi itu adalah sebuah agensi judi. Dia juga single-handedly beli tapak sebuah masjid di Spain dari mengelakkannya dari dijual. Dia Muslim.

Boleh kita nak jadi Frederic Kanoute? Nak terer main bola macam dia dah tentu tidak, nak berani seperti dia? Sanggup tunjuk sokongan dia pada Palestine secara terang, dalam sebuah negara bukan majoriti Muslim? Dalam satu siaran langsung?

Kita sebenarnya boleh buat macam Kanoute buat, bukan secara perseorangan, tapi rakyat marhaen macam kita ada satu super power, lagi power dari Kanoute, kita boleh boikot. Ya, boikot.

Aku pada mulanya sangsi pada boikot, apa gunanya boikot, kita bukan negara yang besar, takde impak ekonomi la kalau boikot pun, kalau aku boikot, bukan jiran-jiran aku turut boikot pon. Sape yang rugi? Diri sendiri yang rugi. Dah tu pulak, ada jenama-jenama yang aku pakai pulak yang nak kene boikot. Entah betul entah tidak jenama ni ada sponsor Israel. Kot ada sape-sape dengki atau tak suka, senonong je letak jenama tu skali dalam SMS dia.

Tapi semua tanggapan aku itu salah. Ada benarnya dalam boikot ini. Baca seluruh blog ini untuk mendapat kefahaman selanjutnya. Dia ada justifikasi kenapa kita boikot setiap jenama tersebut. Bukan saja-saja boikot. Tapi case-study yang dia buat adalah dari negara lain, bukan Malaysia. Jadi ada kesan ke boikot yang diwar-warkan dalam Malaysia ini masa mula-mula Gaza kene serang? Apa yang aku bagi ini adalah pemerhatian aku, tiada data-data sebagai bukti kukuh tapi aku membaca apa yang tersirat.

Bukti satu:
Huggies. Aku jarang jumpa atau tak pernah jumpa dalam semua risalah jualan murah, dari Giant, TESCO, Carrefour ataupun JUSCO yang pada masa yang sama memurahkan harga jual lampin pakai buang Huggies. Murah sampai tahap lagi murah dari Baby Like atau pon Hey Baby. Untuk rekod, aku telah memantau harga 'pampers' sejak tahun 2006 di semua pasaraya melalui iklan dan risalah-risalah. Apa tandanya? Orang telah boikot Huggies dan membeli jenama lain, lambakan stok tidak terjual terhasil.

Bukti dua:
McDonalds. Hari Jumaat lepas, dalam The Star, aku jumpa iklan satu muka surat penuh dari McDonalds, 'Kami bangga sebagai Malaysia" Dalamnya penuh dengan sejarah McD di Malaysia, cerita kebajikan RMCC dan juga slogan bangga sebagai syarikat yang begitu tempatan. Apa tandanya? McD telah mengalami kemerosotan jualan dan sokongan pelanggan dalam masa terdekat ini.

Bukti tiga:
Dulu masa keluar filem Fitna, sorang MP dari Belanda telah mengYoutube kan filem ini yang memutarbelitkan fakta tentang Islam, aku tak tengok, tapi aku baca berita mengenainya. Kesannya di Malaysia, semua barangan Belanda disarankan boikot. Masa ini, susu kotak Dutch Lady jadi murah, stoknya berkepuk-kepuk. Harga seliter RM2.99. Tapi sekarang isu itu mungkin dah suam-suam kuku. Harga susu kotak Dutch Lady dah naik semula. RM3.88. Ini di JUSCO. Kalau beli di kedai di stesen minyak, RM 5.80 seliter. Nampak beza tak kalau boikot dan tak boikot?

Ada yang akan sanggah, dah dorang ni kan syarikat tempatan, pekerjanya orang Malaysia, bos-bosnya orang Malaysia, kalau kita boikot, yang terjejas adalah rakyat Malaysia, bukan Amerika. Ini betul, tapi kesan boikot sebenarnya bukan menutup satu rezeki rakyat tempatan, tapi membuka 2-3 pintu ruang bumiputera Malaysia meniaga. Kenapa? Ambil contoh Colgate di Malaysia. Kukuhnya Colgate sampaikan ubat gigi apa jenispun orang akan panggil Colgate. Tapi Colgate juga pernah menjadi mangsa boikot satu masa dahulu sebab iklannya hanya menyebut diperakui Halal oleh badan yang disahkan Jakim. Bukan Halal Jakim. Apa kesannya boikot ini? Ubat gigi Mukmin dan ubat gigi Najwa mengambil tempat dirak-rak pasaraya. Tak cukup dengan itu, ubat gigi berasas kayu sugi diperkenalkan. Siapa yang menang dalam hal ini? Kita menang sebagai pengguna. Bumiputera yang meniaga juga mendapat peluang memperkenalkan produk tempatan lagi halal.

Ada yang kata, dah kalau barang-barang yang dah kita beli, sekarang baru tahu kene boikot, kena pakai ke kena buang? Kata aku, pakai. Tapi habis nanti, jangan beli semula. Cari jenama lain. Itu je. Ini bukan soal halal haram, kalau haram, kita tahu tak boleh sentuh, tak boleh guna, tak boleh pakai, tapi ini soal boikot. Apa guna campak ke sungai henpon NOKIA yang dah dekat 5 tahun kita pakai semata-mata nak boikot NOKIA sekarang? NOKIA tak terasa langsung impak kita buang henpon itu sekarang, yang kita kena buat adalah boikot barangan itu sekarang. Jangan beli sekarang. Sebab itu dipanggil boikot. Bukan pengharaman.

Jadi, jangan kata kita takda super power, power kita ada pada kuasa membeli.

Jumaat, Januari 23, 2009

Ahmad S siri #4

Yang ni aku memang nak tergelak dulu baru tulis. Haih.

Kami yang baru memasuki menara gading tanpa perlu menunggu keputusan SPM adalah antara kumpulan paling sedikit antara sekolah-sekolah lain. Seperti yang telah diceritakan, dalam 20 orang je. Di takdirkan aku dan Ahmad S duduk berhampiran, blok sebelah sebelah je. Pulak tu, Ahmad S dan Mohd T seblok, aku dan Mohd Y pula sama blok. Jadi kami dah 4 orang kat satu kolej yang sama.

Aku dan Mohd T punyai basikal. Dalam minggu terawal kami masuk, Pak Mus bagi satu basikal racing made in Taiwan untuk aku, atas permintaan mak. Mohd T pula import basikal dari kampung. Jadi kami antara yang terawal mempunyai pengangkutan sendiri dalam kampus. Tak la menapak je pegi kuliah.

Masa kami mula-mula masuk kuliah, kampus sedang bercuti 3 bulan. Maka dalam kampus tuh, kumpulan yang dipanggil ekspres ni je la yang ada memeriahkan seluruh kampus. Tak la ramai mana, dekat 300 orang je. Dalam kampus tak banyak aktiviti yang boleh dibuat, makan pon ada la dua tiga kafe yang buka.

Untuk meneruskan kelangsungan hidup, Ahmad S telah mencadangkan satu aktiviti yang menarik pada satu hujung minggu. Dah lepas zohor dekat-dekat nak masuk asar dah masa ni.

Jom naik basikal menjelajah Taman Universiti!

Idea terbaik. Sebelum ni, kami hanya pusing-pusing kampus, naik balai cerap, serta melawat kolej-kolej lain. Tak pernah lagi lalu pak guard dan keluar dari kampus. Pernah la keluar, tapi jalan kaki atau naik bas. Belum lagi keluar berkenderaan sendiri.

Aku setuju, Ahmad S pinjam basikal Mohd T, aku pakai basikal laju aku. Kami berkayuh menuju Taman U. Pak gad kami hai je, takpe, kad matrik dah standby dalam poket kalau kene tahan.

Sebelum masuk ke Taman Universiti, Ahmad S lajak ke Desa Skudai. Entah apa bala dia cari, aku tak tahu. Dari sana kami patah balik semula ke Taman U. Jalan yang agak berbukit dan berliku menyebabkan kami mula merasa penat. Peluh dah menitik. Kami berhenti depan 7-E. Dahaga. Memang penghilang dahaga kalau beli air soya kotak besar, pastu minum guna straw, kongsi berdua. Ahmad S setuju, kami kongsi sorang seringgit buat beli air. Memang hilang dahaga. Tiba-tiba Ahmad S keluar idea baru.

Jom makan KFC!

Lagi terbaik idea ini. Sejak masuk kampus, kami memang asyik menatap nasi serta ayam goreng campur sayur, buh kuah sikit untuk hidangan tengahari dan petang. Tak pernah lagi merasa hidangan ala barat serta makanan pantas macam KFC ni. Mana ada kat kampus! Aku belek duit dalam wallet, cukup. Jom, aku setuju. Kami habiskan air soya dan bergerak ke KFC. Sama nerai je dedua kedai ni kat Taman U.

Tengah beratur, kami pun berkira-kira, nak ambik Dinner plate ke Snack plate. Dinner plate macam mahal sangat, tapi ayam ada 3 ketul, kenyang sikit. Ah, Snack plate je la, murah sikit. Ahmad S setuju.

Macam biasa, Ahmad S yang jadi jurucakap bagi pihak aku, aku tolong angguk je.

"Makan sini ke take away encik?" Gadis pelayan bertanya.

"Makan sini, aaa Snack plate dua ye, hot & spicy" Ahmad S memesan.

"Ok, encik nak tambah apa-apa lagi, air? Gadis pelayan bertanya lagi.

"Air tak payah, saya baru je minum tadi" Ahmad S menjawab pantas.

Gadis pelayan mengerut kening, aku terkejut dengan jawapan itu. Hampir tergelak kecil.

"Tak nak tambah air encik?" Gadis pelayan bertanya untuk kepastian.

"Haah, tak nak, itu je" Ahmad S menjawab.

Gadis pelayan kira, siapkan order. Kami bayar, ambik makanan, naik tingkat atas.

"Kot ye pon, tak yah la cakap baru je minum. Memalukan je. Dah la depan gadis." Aku cakap sambil naik tangga.

"Lah, kan memang kita baru je minum air soya tadi, betul la" Ahmad S jawab.

Nak kata apa lagi, Ahmad S memang jujur.

Geografi Kebangsaan: Taman Universiti edisi Satu

Dalam ruangan Geografi Kebangsaan (National Geographic kalau ikut bahasa kedua encik Thierry Henry), aku ingin berkongsi beberapa dokumentari yang aku rasa harus dikongsi dengan semua. Tak kira anda orang tempatan, luar taman, luar daerah, luar negeri mahupun luar negara. Kita harus menghargai keunikan dan kelainan yang ada. Tidak semuanya sama. Pergi mana-mana pun tak sama dengan tempat kita. Tapi tidaklah Taman Universiti ini terlalu unik sehingga Geografi Kebangsaan harus mengeluarkan edisi khas. Lebih kepada hal-hal yang aku rasa perlu aku hargai sebab aku berada di Taman Universiti.

Kenapa aku pilih Taman Universiti? Secara sejarahnya, kita dinilai sebagai orang tempatan dengan tempoh berapa lama kita menetap di sesuatu tempat. Di sini aku senaraikan tempat yang aku pernah menetap tinggal menghabiskan usia. Aku tak kira jumlah berapa kali pindah, sebab bila pindah pon, kebanyakan masa aku tinggal di asrama / kolej, maka aku kira lebih menghabiskan masa di waktu itu di sana berbanding di rumah.

Kuala Terengganu: 1980-1982 (2 tahun) = 2 tahun
Lahir dan duduk sekejap-sekejap dengan pak dan mak serta tok dan tok wan di Ipoh/Kulim.

Kulim: 1983-87 (5 tahun) + 1993-1997 (5 tahun) = 10 tahun
Membesar dan mula mengenali dunia dan bila sambung belajar peringkat menengah di asrama.

Ampang: 1988-1991 (4 tahun) = 4 tahun
Tempat menjadi budak-budak. Zaman paling indah.

Subang: 1992 (1 tahun) = 1 tahun
Tempat menjadi budak bandar. Kejap je.

Skudai: 1998-2002 (5 tahun) + 2003-sekarang (7 tahun) =11 tahun
Tempat mula-mula mencari ilmu untuk hidup. Kemudian menjadi tempat mula alam pekerjaan sebenar dan kemudian tempat memulakan keluarga sendiri.

Dapat disimpulkan dengan jelas, Skudai atau lebih dekat, Taman Universiti telah menjadi tempat yang lebih tempatan berbanding dengan tempat aku dibesarkan, Kulim. Juga ia merupakan tempat paling lama pernah aku duduki dalam satu-satu masa. Jadi bagi aku, tidak mustahil kalau dokumentari Taman Universiti ini boleh diwujudkan, kerana 11 tahun di satu tempat yang sama, tentu ada memori dan nostalgianya. Akan aku rungkaikan dan catatkan kisah-kisah ini untuk masa akan datang.

Dari sorotan masa ini juga, mesti orang tertanya-tanya. Aku orang mana? Bila orang tanya aku macamni, aku berbelah bahagi nak jawab apa, tak jawab dikata sombong, dijawab pendek macam tak sempurna, dijawab penuh pula nanti dikata terlebih mesra sebab jawapannya panjang berjela. Aku selalu simpulkan seperti ini.

"Saya lahir di Terengganu, tapi saya bukan orang Terengganu. Sebab saya besar kat Kedah. Mak saya orang Kedah, tapi pak saya orang Selangor, tapi sekarang pak mak saya duduk di (Ampang / Subang / Jelebu / Pengkalan Chepa / Taboh Naning / Terendak /Jasin / Seremban / Kulim)".

Akan ditanya balik, jadi orang mana?

Aku akan jawab. Kedah.

Jawapan itu mungkin tidak releven dari segi fakta, tapi aku tetap rasa aku orang Kedah. Hahah.

Sebagai penghargaan, aku akan membuat Geografi Kebangsaan untuk tempat-tempat yang aku fikir punya nostalgia, penuh kenangan dan harus dihargai. Bermula dengan Taman Universiti.

Nantikan edisi Dua.

Khamis, Januari 22, 2009

Sinetron Dramalova Part IV

Babak 1

Kasabonita pada mula-mula masuk rumah Encik Carlos, tampak bersemangat. Kerja rajin, tak banyak songeh, tak banyak komplen. Apa yang disuruh, semua Kasabonita buat. Tapi itu dulu.

Sekarang, bila Kasabonita tahu apa sebenarnya berlaku, bilamana permintaannya untuk menelefon bekas majikannya di Sao Paulo tidak dibenarkan, permohonannya untuk keluar rumah ke telefon awam dilarang dan suratnya ke kampung halaman Chile Barat tidak dihantar, Kasabonita mula memberontak.

Marcia menjadi teman utama, pendengar setia, bahu mengadu domba. Marcia pula, mengambil sikap dengar dahulu, periksa kemudian. Tak semua Marcia terima bulat-bulat. Manakan tidak, kadang-kadang tak termasuk dek akal Marcia memikirkannya. Bagi Marcia, tak salah menjadi pendengar, kalau itu boleh mengurangkan sedikit beban ditanggung Kasabonita.

Entahkan betul, entahkan tidak, Kasabonita mengadu di suatu hari.

"Tadi ada panggilan dari syarikat telefon BRAKOM, katanya harus jelaskan bil, sudah lama ngak dibayar". Kasabonita mula bicara.

"Hah, tak kan la tak bayar, berapa?" Marcia hairan.

"Entah, kurang lebih Rs300 , saya pon ngak tahu". Kasabonita membalas.

"Kalau ngak dibayar, mau dipotong". Tambah Kasabonita lagi.

"Kas bagitahu la Encik Carlos nanti bila dia balik, kot dia terlupa ke, nanti kene potong susah la". Marcia berpesan.

Marcia berlalu masuk setelah selesai menyidai baju. Biar betul tak bayar bil, kan ke ada gaji, mana pergi gaji bulan-bulan. Sebelum ni bil letrik tertunggak, dah tu bil air, ni bil telefon pulak. Tak kan la tak boleh bayar langsung. Abang Diego pon, dapat je gaji hujung bulan, bil-bil yang dijelaskan dulu. Brabank2U je, pantas, cepat dan tak payah beratur. Marcia mengomel dalam hati.

Babak 2

Diego dan Marcia tengah melayan CSI: Miami disaluran TV berbayar selepas makan malam. Marcia suka heronya, Encik Detektif Horatio yang sangat cool tiap masa dan ketika, halus suaranya tapi dalam. Bila bercakap, harus ditelengkan kepala sambil bergaya elegen.

"Keletang, Ketung, Krakkk, Krakkk, Ting, Ting, Ting"

Ada bunyi bising di luar yang menganggu-gugat konsentrasi mereka. Lagak bunyinya seperti sedang berlaku pembinaan mini di rumah Encik Carlos. Seakan bunyi besi paip yang terjatuh ke atas lantai. Marcia yang bersifat menyiasat menyelak sedikit tabir langsir yang tak serupa langsir di pagi raya. Cukup muat untuk mendapatkan pandangan yang lebih jelas.

"Ehh, ada orang macam tengah bukak paip la kat rumah sebelah" Marcia memberi laporan.

"Pasang paip apa malam-malam macam ni?" Diego endah tak endah sebab Detektif Horatio tengah galak mengejar saspek penjahat.

"Tak tau, ni Syarikat Air Rio de Janeiro kot, kot nak potong bekalan air ke" Marcia cuba mengagak.

"Yeke?" Diego sangsi.

"Dah haritu je Kas ada bagitau yang ada orang ada datang bagi amaran pasal lambat bayar bil telefon la, letrik la, kot ni diaorang datang nak potong la kot". Jelas Marcia.

"Dah la Abang Carlos dengan Kak Christina belum balik lagi" Marcia menambah.

"Biarlah, tau la dorang nak setel macamana nanti. Kita boleh buat apa" Diego cuba menamatkan sesi siasatan.

CSI: Miami season terbaru siri terakhir tamat siaran.

Keesokan hari, Diego ke pejabat seperti biasa. Terlupa menjengok rumah sebelah kot betul bekalan air mereka dipotong. Tengahari masa balik makan, Marcia mula bicara.

"Ehh, abang nak tau apa sambungan cerita semalam?" tanya Marcia.

"Cerita apa? CSI: Miami kan last season dah, lambat lagi la nak sambung". Balas Diego sambil mula menyuap nasi.

"Tak la, yang duk bunyi bising kat rumah sebelah malam tadi la". Marcia mula tegas.

"Owh, yang itu, apesal, kene potong ke air dorang?" Diego terlupa.

"Gi la tengok sendiri" Marcia sengaja menambah saspens. Dah bukak cerita tak nak bagi ending plak.

Selesai makan dan solat, Diego bersalaman dengan Marcia, cium tangan dan pipi. Opps, sikit je.

Diego menjeling ke rumah sebelah. Betul-betul di penjuru rumah Encik Carlos bersebelahan dengan paip air, kelihatan sesuatu yang dibungkus kanvas. Tingginya separas pinggang. Diluarnya tertulis...



"DIAMOND WATER Air untuk kesihatan."

Isnin, Januari 19, 2009

Satu Sabtu dengan Pak - Desaru

Pak ada keje kat Desaru (baca: Bandar Penawar) Sabtu baru ni. Dia sampai Senai Airport Jumaat petang. Aku tak abis keje lagi, pak naik teksi dengan sorang lagi rakan sekerja ke tempat penginapan di Desaru.

Malam baru aku gerak dengan anak-anak dan Ezi. Pegi klinik dulu. Anak2 tak baik lagi batuk dengan selsema. Beli ubat je. Pak sampai Desaru Golden Beach Resort jam 810 malam. Dia tepon, aku baru je keluar klinik. Sejam 45 minit gak pak tunggu baru kami sampai. Makan malam sekali, pak dah order siap2 antar kat bilik.

Lepas pak abis makan, aku belum abis lagi. Pak bukak balutan luka kat kaki dia, dah semakin kering dan elok. Ada bahagian kulit tampalan yang menjadi, dah kering elok. Bahagian tampalan yang tak menjadi, masih nampak keputih-putihan yang basah yang nantinya akan menjadi keruping2 kering. Yang isi yang dah kering tuh, nampak la lekuk ke dalam sebab bekas potongan tuh. Balutan di kaki tu pon dah tinggal separuh dan. Pak cuci sendiri je skarang.

Dengan tulang ayam masih dikunyahan. Aku tanya, ada rasa kehilangan tak? Kehilangan satu jari?

Pak jawab, tak da rasa papa aih, biasa ah.

Ye, satu jari kelingking hanya memberi 10% dari fungsi sebuah tapak kaki, maka tak la terasa kehilangan atau kekok sangat. Berjalan pon macam biasa je. Lain la kalau pemain bola sepak ke, ahli gimnastik ke, hilang keupayaan keseimbangan badan gak kot kalau berdiri sebelah kaki.

Sabtu pagi, lepas subuh (dah dekat 7 pon), pak turun untuk sarapan. Pastu pak panggil plak kami turun, ada kupon sarapan untuk lagi sorang serta pak tambah lagi satu untuk Ezi. Kami je sarapan, anak2 kurang nak makan. Main je lebih. Habis semua ruang makan dorang jelajah. Mujur pak terjumpa rakan sekerja dia. Rupanya pagi kol 8 dorang ada gak pengisian. Ceramah dari Tan Sri Dato' Muhammad Ali Hashim, Johor Corp (aku salute encik ini, power). Pak naik tukar baju, kami masih di meja makan.

Kami pusing2 Golden Beach Resort nih. Disebabkan angin yang sangat kencang, monsun timur laut skarang, walaupon ada matahari, terasa dingin dan sejuk. Secara amnya, persekitarannya agak ok. Kat sini la kot ada tournament beach soccer peringkat Asia Tenggara baru2 nih sebab ada satu court bola sepak pantai yang terjaga di sini. Aqil dah teruja nak mandi kolam, tapi kolam belum habis diselenggara lagi. Kol 930 baru bukak.

Kami naik balik bilik. Ezi kemas barang2 sebab nanti tengahari nak check-out. Lepas tu gosok baju untuk pak pakai tengahari nanti. Aku tido.
f
Kol 1030 aku mangkit semula, semua yang lain pon dah lena. Aku gerak anak2, ajak mandi kolam, Aqil mamai. Nanakkk, geleng2 dia jawab. Ammar teruja macam biasa. Ammar kalau lepas mangkit tido, dia terus nampak fresh, mata bersinar, terus bleh berkata2 walaupon hanya dia yang faham apa maknanya. Aqil lambat warm-up sket. Bangun je mata masih terpisat2, muka suram, rasa mengantuk lagi, landing baring balik. Macam aku. Hahah.

Kami turun jam 11. Walau nampak panas terik, angin masih kencang. Suasana berangin menyebabkan air kolam sangat sejuk. Kejap je dalam kolam, Aqil dah tak nak lepas pelukan dia. Nak bergantungan je. Sejuk gila. Aku celup gak dia dalam kolam 3-4 kali. Alang2 dah mandi, biar basah.

1120 Semua dah kat bilik balik dah. Naik siap2. Pak balik dalam kol 12, ajak keluar makan tengahari kat bandar Penawar. Lepas makan, balik bilik, pak siap tukar baju, kami hantar pak ke KPM dan terus pulang ke Taman U.

Rumusan perjalanan ke Desaru dan panduan untuk pelancong kali pertama:

1. Harga teksi dari Airport ke Desaru adalah RM130. Perjalanannya sejam setengah.

2. Desaru Golden Beach nampak dari luar macam design tahun 80-an. Dalamannya lagi teruk. Dinding2 bilik nampak berkulat sebab air bocor. Kat siling ada kepingan-kepingan cat yang sudah tertanggal bergantungan. Buruk gila. Hendel pemegang shower bocor. Ada pintu balkoni, tapi tidak sealed betul2. Ada ruang dibawah pintu, angin yang kencang dari luar menambahkan lagi sejuk aircond. Pak komplen masa check-out, siap bagitau tak kan datang dan duduk sini lagi. The Pulai Desaru nampak lebih menarik.

3. Makanan beli dan hantar masuk bilik untuk makan malam rasanya biasa-biasa je. Kari ayam dia kehilangan garam. Chicken basket dan fish n chip dia menggunakan ramuan tepung yang sama, digoreng dalam (deep fry) agak lama, kaler telah bertukar coklat kegelapan bukan lagi perang keemasan.

4. Makanan sarapan pagi dia ok. Dia buat lontong, aku tak pernah jumpa hotel lain buat lontong pagi2. Rasa macam hari raya plak. Rasa sedap, cuma kurang isi.

5. Kami pusing satu Bandar Penawar, cari ATM. Bandar Penawar tiada bank maupon ATM. Sama ada fakta ini salah, kami tak jumpa pon satu bank. Pakcik pertama yang aku tanya, dia tak bleh jawab (sebab dia bisu). Makcik kedua yang pakcik ni referkan suruh aku cari kat pejabat pos. Aku pegi pejabat pos, mana ada ATM kat situ. Rasa2nya makcik tuh keluar duit melalui kaunter pejabat pos la. Sebab aku tanya kat dia, tempat keluarkan duit. Pakcik ketiga yang sedang memilih judul lagu karaoke di medan selera pula memberi jawapan, takde la ATM kat sini. Ada pon kat Petronas. Itu pon ATM BSN Giro sahaja. Jadi, silalah stenby duit cukup2 kalau ke Desaru. Tak kan nak beli nasik campur bayar guna kad kredit kot.

6. Sekarang tengah monsun, maka kegiatan-kegiatan laut amat merbahaya di Desaru. Tunggu nanti bulan 3 dan ke atas. Baru la tenang air di lautan.

7. Kalau aku orang Bandar Penawar / Desaru, dah lama aku hantar petisyen kat Azalina Othman mintak bubuh bank sebijik dua. Apa, tak kan pelancong asing nak cucuk duit kat BSN Giro? Susah2, aku tak pangkah dah Azalina untuk pilihanraya akan datang. Muka dalam poster ZOOM Malaysia dia bleh Photoshop kasik kurus serta cantik, tapi bank tak bleh nak letak. Cemana la orang2 Felda Air Tawar, Air Papan, Pengerang, Rengit dan Tanjung Balau nak lepak Bandar Penawar kalau takde bank?. Bila ada bank, orang akan datang masukkan duit, keluarkan duit. Kedai2 berhampiran juga mendapat manfaatnya.

Jumaat, Januari 16, 2009

Di sebalik tabir - Sinetron Dramalova

amANI telah bersedia menceritakan sedikit sebanyak tentang apa yang berlaku dalam Sinetron Dramalova. Mari kita ikuti ulasan beliau tentang drama siri yang semakin mendapat sambutan ini.

Apa Sinetron Dramalova nih?
Sinetron Dramalova diinspirasi dari siri "Lost".
Cerita je tanpa perlu hujung pangkal. Nanti tengah-tengah baru kasik pengenalan dan mungkin flash back tiap watak sebagai pengisian siri2 akan datang.

Apesal buat macam tu?
Baru la gempak serta ala-ala Yusuf Haslam gaya penceritaan aku. Buleh tulis meleret2 macam Sembilu Kasih. Bukannya sebabak dua je. Serta watak tak akan terikat dengan apa-apa sempadan yang telah diletakkan dari awal. Tak gitu? Sedangkan Yusuf Haslam pon ceduk gaya Amerika Latin, aku pon ceduk la Yusuf Haslam, perangai Melayu yang sama-sama ingin maju dalam kepongpong yang sama. Tapi aku tak ambik la part2 sedih, teriak, menangis, aku ada jati diri sendiri mengolah Sinetron aku.

Berapa panjang cerita ni dan apa frekuensi tiap siri nih?
Aku tau hangpa tertunggu-tungu siri seterusnya. Mujur aku penulis tanpa persatuan. Tak bleh nak ajak mogok. Kalau penerbit Lost buleh terget buat 6 Season. Aku rasa aku bleh buat lebih dari itu. Haha. Janji ada pengikut, aku teruskan. Komplen2 tak layan. Puji2 je aku terima. Lagi banyak puji2 prihatin, lagi cepat siri baru keluar. Hahah.

Sape watak-watak dalam Sinetron ini, ada kaitan ke dengan sape2 ke?
Aku dah cuba pujuk, sorang pon tak nak mengaku sape guna watak sapa. Dorang kata, kami sanggup keluar rumah pakai topeng macam Amuk. Kami tak ingin dikenali. Kami tau kami popular. Tak perlu kenal kami untuk calonkan kami dalam Anugerah Bintang Popular Berita Hairan. Secara ringkas, Diego & Marcia ialah suami isteri. Carlos & Christina jiran mereka. Danny, Jenny & Iquino anak2 Carlos & Christina. Kasabonita pembantu rumah Carlos & Christina. Encik Santiago tuan rumah sewa Marcia & Diego. (Apa lagi nama Latin aku nak pakai bila nak tambah watak baru nanti? Robinho, Ronaldo, Adebayor? Ahh, nanti pikir la)

Apa motif ko buat Sinetron Dramalova?
Apa punya soalan, tentu la nak kaya. Kaya budi bahasa dan pengalaman. Susah oo nak dapat pengalaman. Orang siap bayar setengah billion baru bleh dapat pengalaman pegi ISS. Kan mahal tuh nak dapat pengalaman tuh. Sebab tu aku buat Sinetron nih, tengah nak kumpul pengalaman.

Leceh aa ko buat camni, tak paham.
Ish, sedangkan Mamat Khalid buat filem 3-4 bijik filem, semua so & so je, dia sorang je paham. Tiba2 datang Noir Kala Malam Bulan Mengambang, terus dapat pengarah terbaik. Aku pon macam tuh la, selagi aku tak cuba, selagi tu aku tak tau best ke tak best Sinetron aku. So semua ni aku garapkan dan akan berusaha meningkatkan lagi.

Ada market ke Sinetron nih?
Ini zaman IT, orang tak jual ikan kat market lagi dah. Sekali aku klik satu checkbox kat blogger nih, seluruh dunia IT akan tahu Sinetron Dramalova aku. Mujur aku low profile. Aku simpan je butang power tuh. Hahaha.

Bleh ke aku rekemen Sinetron nih kat kawan2 aku?
Owh, tak kan tak boleh, tapi buat background check dulu la, tentukan kawan2 ko tuh berbudi bahasa, penyayang, tiada hasad dengki, tidak iri hati, bersifat bengis maupon sinis. Ini bukan untuk mereka. Juga mereka bukan kawan ko kalau ada sifat2 ini. Hahah.

Kalau aku tak suka layan Sinetron nih cemana?
Takpe, aku ada lagi Siri Ahmad S, Siri Kanak-Kanak Memang Riang dan juga dokumentasi lain yang tidak berkaitan langsung dengan aku, tapi aku rasa layak dikongsi, akan aku kongsikan. Tak suka jugak? Sila klik butang X dipenjuru kanan web browser anda.

Terima kasih. Ko memang power.
Apa ko merepek nih, power itu kurniaan Tuhan.

Bagi mereka yang ketinggalan Sinetron sebelum ini, ni capaian pantas untuk korang layan.

Siri #1
Siri #2
Siri #3

Nota tiarap: Harap korang puas hati dengan wawancara berlagak dengan penulis Sinetron Dramalova - amANI ini. Dia memang, baru buat 3 siri dah riak takbur. Belum 6 season lagi. Perasan bagus. (Kelihatan amANI tertiarap akibat disadung kakinya ketika berjalan seiring dengan pewawancara).

Khamis, Januari 15, 2009

Ahmad S siri #3

Sebelum aku mulakan siri #3, harus aku tekankan di sini, antara aku dan Ahmad S, tiada perasaan 'itu' antara kami. Woi, aku stret ok. Hahah.

Semuanya bermula bila aku ternampak Menara Jam di dataran JB. Entah, ini nama rasminya ke bukan, aku tak kurang pasti.

Suatu malam, yang pasti aku rasa dekat dah nak final exam, aku kalut buat preparation PSM 1. Entah apa logik akal, aku pon tak tahu, aku, Ahmad S dan J-bekas rumet Ahmad S bertolak ke JB membelah malam. Naik moto berkelajuan sederhana masing-masing. Apa misi? Aku tak ingat. Seingat aku, tengok wayang lewat malam kat CS. Ceritanya? Entah.

Selesai wayang dah jam 1 pagi. Seharusnya pak gad universiti tak kan kasik masuk kalau dah lewat camni. Kami releks, alang-alang dah lewat, biar lewat gila-gila. Banyak-banyak tempat nak lepak, kami lepak Dataran JB. Takde satu mende yang best pon kat sini. Tapi yang penting, jam menara itu masih berfungsi, bukan macam Menara Jam Kulim. Tah pape.

Kami amik gambar sorang sekeping depan menara ini. Baru la mempunyai dokumentasi lengkap misi kali ini. Selesai amik gambar, aku dan Ahmad S mendekati menara jam itu. Dah panjat 3-4 aras yang ala2 tempat duduk stadium tuh, sampai di kaki menara. Takde akses nak ke bahagian anjung kaki menara jam ini. Tinggi lebih kurang 1 setengah badan. Cuma boleh masuk dari pintu bahagian bawah di bahagian belakang. Siang mungkin dorang buka. Aku cuba capai palang tembok batu, panjat naik. Lepas. Ahmad S folo dari belakang. J tunggu kat bawah sebab tengah becakap ngan henpon masa nih.

Girang gembira dapat naik, kami menuju pintu, tak berkunci. Masuk. Dalamnya gelap. Tak da lampu. Dari beranda nampak moto pak gad parking dalam bangunan menara ini. Tak nampak pon pak gadnya. Tido gamaknya. Kami menyusuri beranda, nampak tangga besi, akses untuk ke tingkat lebih tinggi. Ahmad S naik dulu. Terhenjit-henjit kami berjalan menaiki tangga. Takut didengari sesiapa maupon pak gad. Tangga nih bergegar pulak masa nak naik. Tiba-tiba....

"Kreek, Kreekkkk, Krekk"

Bunyi macam pintu dibuka. Ahmad S pandang aku, aku pandang Ahmad S. Khuatir, gusar, sama-sama memandang meyakinkan kami, bukan salah sorang antara kami yang mendengar bunyi itu. Ahmad S menjuih, isyarat berpatah balik. Aku setuju. Terhenjit-henjit pulak kami berlari masa ini. Menuju pintu keluar. Tak pandang belakang dah. Lari je. Janji selamat.

"Ko jangan report kat MARA plak kita buat mende2 nih. Mau kene tarik balik loan aku kalau MARA tau kita buat keje-keje macam nih" Ahmad S berpesan. Aku akur.

Selasa, Januari 13, 2009

Gaza

Rasa tak lengkap kalau ada blog tapi tak sentuh pasal kekejaman regime Zionist ini. Sori kalau genre ini jauh beza dengan genre2 sebelum ini.

Dari dulu sampai skarang tak habis perang. Kalau kita imbas kembali, kot terbaca, atau pernah terdengar. Pemimpin Palestin tetap tegar dari dulu sampai skarang seperti Yaser Arafat (yang dan meninggal), PLO, Fatah & Hamas. Tapi pemimpin Israel, asyik tukar2 je yang berperang dengan Palestin. Sure kita masih ingat dulu nama Ariel Sharon, pastu ada lagi 3-4 orang lagi presiden ape mende tah nama, tak ingat pon takpe dan skarang Ehud Olmert.

Apa yang berlaku sebenarnya didorong oleh kepentingan politik Israel. Bukan politik wang macam kat Malaysia. Tapi politik versi kejam yang hanya Zionist sanggup buat. Melancarkan perang berlandaskan asas menjaga keamanan Israel disebabkan pembedilan roket-roket kerdil dari Hamas. Walhal sebab sebenarnya Ehud Barak nak dapatkan mileage politik sebagai modal manifesto semasa pilihanraya Israel. Sebab apa Hamas melancarkan roket? Ehud Barak tak tekankan langsung hal ini dalam pertimbangan & penerangan dia dalam melancarkan serangan kejam ke atas Gaza. Hamas sebenarnya bertindak sebab permintaan dorang untuk membuka semula sekatan sempadan dorang dengan Mesir. Talian hayat dorang, sumber makanan, ubat, pakaian, kira semua asas untuk kehidupan semua ditutup Israel & Mesir. Perdana Menteri Mesir, Mubarak pon berkompromi untuk tunduk dengan permintaan Israel ini. Palestine Gaza masih survive sebab dorang buat terowong haram untuk seludup masuk semua ini. Propaganda Israel kata, terowong haram ini dibom sebab seludup senjata. Kiri kanan kene tekan, sapa sanggup tahan. Sebab itu roket dilancarkan ke arah Israel.

Jadi kenapa kita duk asyik dengan nama2 yang berlainan yang menjadi Perdana Menteri Israel dan dorang tak abis2 menyerang kejam Palestine?. Sebab ini adalah manifesto Ehud Barak yang ingin mengekalkan kedudukan nya sebagai Perdana Menteri semasa pilihanraya negera-tidak-diiktiraf Israel ini. Sebab itu kita dengar nama2 Perdana Menteri Israel nih bertukar-tukar. Asal nak pilihanraya, serang Palestine. Ini je modal utama manifesto politik dorang. Manifesto ini disalut hebat dan telah dipropagandakan dengan alasan2 lain. Propaganda ini sangat hebat sampai media massa utama di Amerika, terutama CNN & BBC tidak langsung menyiarkan langsung gambar/footage sebenar kanak-kanak, bayi dan wanita Palestine yang hancur kaki, tertebuk badan dan pecah kepala disebabkan pengeboman kejam Israel. Hanya kata-kata dari Ketua Turus Tentera Israel yang pro-Israel dipetik sebagai berita penerangan kenapa Israel menyerang Gaza.

Mujur ada Al-Jazeera sebagai medium alternatif. Footage/gambar mangsa awam serangan kejam Israel dipapar 24jam. Kanak2 kecil terkulai yang didukung ayah, kanak2 perempuan yang tenggelam ditimpa timbunan konkrit bangunan. Seluruh dunia kecuali Amerika tahu hal sebenar. Rakyat Amerika/Eropah hanya dimomok dengan berita propaganda Israel. Aku belek web portal berita online The Sun UK, memang betul hampeh, bukan berita ini yang disajikan sebagai berita utama, dah scroll dekat2 nak bawah baru jumpa, itu pon seperti yang dijangkakan, berita yang pro kekejaman Israel membedil Gaza. Dia kata Hamas mula memasang bobby trap, pasang bom kat bangunan dan basikal yang sangat membahayakan nyawa tentera Israel kalau terkena. Celaka sungguh. Itu yang ko ambik untuk repot? Ada sebaris ayat mengatakan sekarang jumlah kematian rakyat Palestine telah mencapai angka 800, akan tetapi Israel juga telah mencatatkan 13 kematian. Perkataan tetapi (however) itu meletakkan seperti kematian rakyat Palestin (civillian/orang awam-kanak2, ibu2, bayi2 yang bukan ancaman) sebagai tidak penting melainkan kematian askar Israel. Zionist memang celaka.

Wartawan The Star melaporkan yang SEMUA journalist/reporter tidak dibenarkan masuk untuk membuat liputan dari dalam Gaza. Sapa nak berita/sumber maklumat yang sebenar dan bukan pro-Israel, dorang tunggu kat pintu masuk sempadan Mesir. Kalau ada mangsa pengeboman dari Gaza yang dapat dibawa keluar, semua serbu nak tanya. Kalau tidak, sumber berita rasmi adalah penerangan / pengumuman dari Ketua Turus Tentera Zionis yang hanya memberi maklumat berat sebelah. Ko memang celaka.

Zionist ini datang menyerang dengan mengebom tempat2 strategik yang dikatakan markas Hamas. Sekolah tajaan UN markas Hamas? Tadika markas Hamas? Hospital pon markas Hamas? Memang celaka. Datang bom pakai F-16. Semenanjung Gaza nih 45km panjang, 6-12km lebar. 45km kalau dengan F-16 berkelajuan melebihi 400km/j, tak sampai 5 minit dah sampai hujung lagi satu. Kalau sekali datang berbelas-belas F-16, pakat tabur beratus2 kilogram bom. Ni ke yang dikatakan mengebom tempat2 strategik sahaja yang markas Hamas?

Dipetik dari satu artikel dalam NST hari Ahad. Kanak-kanak Gaza yang keluar dari rumah, bukan kiri dan kanan yang mereka toleh untuk menyeberangi jalan, tapi mendongak ke langit, takut-takut bom yang digugurkan terhempas berdekatan.

Aku tak bleh terima celaka2 dibawah dengan statement dorang.

::Ehud Barak::
Kami tak akan menghentikan serangan sebab belum mencapai objektifnya.
(Ini 3-4 hari selepas serangan pertama dilancarkan, 300 orang Palestine telah terkorban-kanak2, ibu2, bayi2 majoritinya). Habis, berapa target objektif ko Ehud celaka?

::Bush::
Israel berhak untuk mempertahankan negaranya kerana diserang roket-roket terrorist Hamas.
Sape yang mati kene roket Hamas? Kanak2, bayi2 & ibu2 Palestine yang terbunuh dibedil Israel ko tak ambil peduli? Wakil UN Amerika menggunakan kuasa veto dengan alasan yang sama membantah sebarang gesaan/kecaman UN terhadap Israel untuk memberhentikan serangan terhadap Gaza.

::Barack Hussien Obama::
....... (berdiam diri sediam-diamnya, kononnya tak nak masuk campur tugas2 Bush. Walhal krisis ekonomi Amerika boleh pulak dia mengesa mintak stimulus package lebih pada Bush lagi, padahal tak masuk pejabat lagi). Tak boleh diharap. Sekutu Zionist juga Obama ini.

Dorang harus dikecam dan dihadapkan ke Mahkamah Perang sebagai Penjenayah Perang dengan statement dorang sendiri ini. Menghalalkan serangan tanpa peduli. Terlibat secara terang untuk peperangan kejam yang hanya membunuh ramai orang awam dari musuh sebenar. Sama level dengan Milosevic. Barbarik.

Last, ayat propaganda lagi yang dipetik dari The Sun UK yang aku baca tadi.

"Dalam serangan terbaru, Tentera Israel telah hampir mengebom sebuah klinik tajaan Bantuan Kristian di Gaza, mujur mereka sempat menelefon wakil disana untuk memberi amaran dan sempat mengosongkan tempat tersebut. Tiada kematian dilaporkan". Ohh, sempat telefon bagitau ye, mujur orang2 Kristian tu tak mati kene bomkan. Memang celaka.

Bagi aku, kalau boleh boikot, boikot. Kalau nak memberi derma, dermalah yang termampu. Kalau boleh bagi penerangan, biar orang lain lebih paham, kongsi. Kalau nak kecam, kecam yang sepatutnya, bukan membuta tuli. Ini bukan lagi konflik Muslim vs Yahudi, ini lebih dari itu, nilai kemanusiaan, keadilan dan kedaulatan negara yang dipertaruhkan. Harap semua berdoa agar serangan ini berhenti terus dan Israel mendapat pembalasan yang sewajarnya.

Notakaki amANI: Genre ini agak berbunyi hasutan/kecaman. Tapi apa lagi genre yang boleh aku terbitkan. Genre simpati dan sedih bukan style aku walau aku tersentuh tengok footage kanak2/bayi2 Palestin didukung ayahnya yang menjadi terkorban dalam serangan kejam ini. Dah ada anak sendiri, aku boleh reflect sendiri perasaan sebegitu.

Isnin, Januari 12, 2009

Sinetron Dramalova Part III

Babak 1

Rumah Diego memang bertembok batu keliling tapi berkulat, mana tak nya, tak sempat tuan rumah nak cat yang baru, Diego dah telepon tanya mintak nak sewa. Tuan rumah Diego, Encik Santiago memang mulia sebab boleh runding duit sewa rumah dan tak pernah mintak naikkan sewa atau bandingkan harga sewa rumahnya dengan rumah sewa kejiranannya, walaupun harga minyak negara Brazil naik satu ketika dahulu. Perdana Menteri pon tak mulia macam Encik Santiago sebab naikkan harga minyak dan bandingkan harga minyak negara Brazil dengan negara Peru, padahal Peru mana ada telaga minyak.

Berbalik pada tembok rumah Diego walaupon sebegitu rupanya, tetap menjadi kegemaran anak-anak Encik Carlos bermain. Masa mula-mula masuk rumah itu, Marcia biarkan saja anak-anak Encik Carlos bermain di atas tembok tepi rumah yang mengasingkan rumah mereka dengan rumahnya. Tapi bila dah selalu sangat, sampai boleh lompat masuk rumah Marcia tanpa sebab, kecoh tak tentu pasal, sampai satu hari, Jenny, si nombor dua boleh jenguk masuk rumah. Bukan bagi salam atau tanya khabar tapi lebih kurang begini sapanya pada Marcia.

"Eh, eh, eh besarnye TV rumah akak"

Marcia agak terperanjat mendengarnya. Kanak-kanak kecil sebegini sudah berfikiran materialistik. Tanpa tatasusila mahupun rukun adab tetangga kata-katanya. Dia tak tahu TV itu bukan jenama terkenal dan dibeli pada tangan kedua. Harus nanti Encik Carlos dan Puan Christina salah paham kalau si Jenny membawa mulut. Naik lagi taraf kekayaan Diego di mata mereka.

Babak 2

Adapun begitu, kenakalan Danny, Jenny & Iquino memang tak dapat dibendung oleh pengasuh-pengasuh sebelum datangnya Kasabonita. Jika sebelum ini pengasuh-pengasuh lain tak dapat membendung permintaan mereka untuk bermain di tengah jalan di hadapan rumah mengundang bala bencana kalau dilanggar kereta. Tapi bukan dengan Kasabonita. Pada hari pertama melapor diri, Kasabonita dengan cemerlangnya menjalankan tugasnya.

"Hah, kamu mainlah diluar sana, biar saya kunci aja pintu ini sampai bapak kamu pulang, biar bapak kamu sebat sorang-sorang". Ugut Kasabonita bila mereka berdegil tetap tak ingin masuk bila dipanggil.

Sepantas petir, ketiga-tiga adik beradik itu sudah berada di dalam rumah. Marcia yang berada di tempat kejadian menjadi kagum. Hebat.

Notakaki amANI: Chenel Sinetron yang semakin mendapat sambutan menyebabkan saluran berita dan dokumentari akan menyusul seperti sediakala bila penstrukturan semula rancangan diadakan.

Rabu, Januari 07, 2009

Sinetron Dramalova Part II

Babak 1

Marcia pernah berbual dengan pembantu rumah Encik Carlos & Puan Christina. Pembantu rumah mereka yang ini dan yang dulu-dulu , 3 orang semuanya seingat Marcia, mereka pernah bercerita tentang berapa budgetnya pasangan ini. Marcia seakan tidak percaya, takkanlah dengan suami isteri bekerja asyik suruh masak tauhu, tempe, telur je buat lauk anak-anak makan tiap hari.

Sampaikan pembantu rumah Encik Carlos ini yang asalnya dari Chile Barat yang mana makanan ruji mereka adalah tempe pon tidak terlalu nak makan lauk itu. Pembantu yang ini, Kasabonita agak bagus dalam hal-hal menguruskan anak-anak Encik Carlos. Terturut kata jugak anak-anak Encik Carlos dengan Kasabonita ini.

"Kas, sudah makan ke belum hari ni" sahaja Marcia menegur kosong sambil sama-sama menyidai kain di waktu pagi.

"Emphh, belum, tak lalu, hari-hari lauk tauhu, tempe, telur. Biar anak-anak aja yang makan". Kasabonita menjawab.

"La, Kas tak lapar ke tak makan nasi?" Marcia simpati.

"Tak apalah, saya juga ada anak, di sana saya tak bagi anak saya tempe, gayanya seperti orang miskin aja makan tempe." Kasabonita menjawab dengan lenggok Chile Baratnya.

"Tak pe la Kas, kalau lapar makan la roti ke ape ke buat alas". Marcia cuba menenangkan hati.

Babak 2

Satu malam sesudah Magrib, Marcia dan suaminya Diego sengaja ingin ke JASTUKOR. Tempat membeli belah terdekat di kawasan perumahan mereka di Taman Universal Stadia, Rio de Janeiro. Baharu sahaja mereka memasuki pintu JASTUKOR, Diego ternampak susuk kelibat pasangan yang agak dikenalinya berada di dalam restoran Jepun, Raja Sushi. Pasangan itu asyik menghadap hidangan sushi yang diletakkan diatas conveyor berpusing itu. Masih berpakaian formal. Mungkin belum pulang ke rumah sesudah kerja.

"Ehh, itu bukan Abang Carlos dan Kak Tina ke?" Diego menunjuk sedikit membisik kepada Marcia.

"Ha'ah la, memang dorang, makan berdua je ke?" Marcia menjawab.

"Entah, kata kat rumah masak asyik tempe je untuk anak-anak, ni siap buleh makan Raja Sushi lagi" Diego pula konpius.

"Tak tau la abang, ini kalau anak-anak dorang tahu, cemana ye, sanggup dorang buat macam tu" Marcia menambah.

"Kot dorang tapau kot untuk anak-anak dorang" Diego cuba membelah sangsi.

Marcia & Diego berlalu dan terus ke tingkat atas, sambil dalam hati masing-masing. Kami tahu apa yang anak-anak dan pembantu rumah kamu tidak tahu.

Esoknya,

"Kas, malam semalam makan apa?" Sengaja Marcia mengupas kepastian.

"Ehh, seperti biasa, tempe sama telur" Kasabonita menjawab.

Jelas sudah.

Ahmad S siri #2

Ni juga pengalaman suka duka berdebar aku dengan Ahmad S yang aku akan ingat dan mungkin akan masih bercerita dengan sapa-sapa yang aku kenal dan orang tu kenal City Square, JB.

#2
Dulu kat JB, masa mula-mula kami masuk mendaftar, kami rakan sama maktab adala dalam 20 orang. Kebetulan pulak daftar hari Sabtu. Ahad ada sesi penerangan, dan juga kebetulan Isnin itu cuti. Awal Ramadhan rasanya. Maka dengan semangat assabiah rakan-rakan semaktab, kami telah merancang untuk keluar jalan-jalan tengok JB. Semua macam jakun, tak pernah sampai JB. Dalam ramai-ramai tuh, ada member sorang yang berasal dari Pahang, tapi dia ada makcik kat JB. Dia la orang yang paling tahu selok belok bandaraya JB ini di antara kami semua. Yang lain asal Kedah, Perak, Kelantan, KL, aku masa ni duduk Jelebu, semua buta bandaraya JB.

Kami bertolak pagi. Ramai-ramai naik bas menuju bandaraya JB. Turun depan Komtar, pusing-pusing dalam Komtar. Komtar rasa macam tempat gengster kumpulan gelap, agak risau takut-takut kena pau. Letih bejalan, makan di Kebayan (kata ganti nama Food Court bagi negeri Johor). Kemudian naik bas lagi pegi HP. Pusing-pusing HP pulak. Dari HP, tak tau nak naik bas cemana, kami jalan kaki. Rasanya dah setengah jaraknya nak sampai Komtar balik baru kami naik bas. Ni sebab pemandu pelancong kami pon tak pernah naik bas. Apa buat kerja gila macam nih?. Abis, kat maktab berjalan kaki adalah kebiasaan. 5 tahun turun naik bukit. Tiap-tiap ujung minggu lari jogging pusing kem. Stamina tinggi. Hahah.

Bukan ini yang aku nak cerita sebenarnya, tapi masa tuh City Square belum siap lagi, masih dalam pembinaan. City Square siap mungkin 2 tahun selepas aku berada di sini. Yang aku nak kongsi adalah sifat berani mencuba dan mengembara yang ada dalam diri Ahmad S dan aku. City Square masa mula-mula dibuka, tak sepenuhnya siap lagi, banyak lagi kedai-kedai kosong.

Dalam banyak-banyak mende yang kami nak buat dulu masa mula-mula masuk CS, kami pegi naik lif. Naik paling tinggi. Tingkat 7. Ahmad S dan aku keluar, ke arah tangga. Eh, ada lagi tangga ke atas, Ahmad S naik, ajak aku juga sebab ada lagi tangga ke tingkat paling tinggi, rupanya tingkat 9, paling tinggi, ada pintu keluar. Ahmad S cuba buka, tak berkunci, kami keluar. Huiyoo. Ini adalah pengalaman yang tidak dapat dilupakan. Berada di aras bumbung CS, kami melihat sekitarnya. Siap layan pemandangan ke arah stesen keretapi dan flat bukit chagar dan kereta yang lalu lalang ke arah kastam JB untuk ke Singapura. Ada mamat indon pekerja pembinaan, tapi dia buat tak endah je kami. Juga ada sebuah bucu diletakkan tempat penyembahan kepercayaan orang cina. Aku memang berazam, ini pengalaman yang tak akan dilupakan dan akan menceritakannya pada semua orang yang aku pernah berada di bumbung CS bersama Ahmad S. Kalau orang tanya, ko dah pernah pegi CS? Aku jawab, aku dah pegi masa mula-mula dia buka lagi, siap naik sampai bumbung dengan Ahmad S. Heheh, riak takbur.

Sekarang, seingat aku pintu ke bumbung itu sudah dikunci. Siap ada amaran, anda sedang diawasi dengan kamera litar tertutup.

Kadang-kadang aku teringat - Ahmad S siri #1

Siri bersama Ahmad S.

Macam apa je nama dia, tak pe, saja kasik misteri sket, kadang-kadang tak semua orang suka glemer.

Malam-malam minggu atau kekadang malam hari bekerja, aku suka bawak kereta jalan-jalan pusing sekitar JB. Suka sebab anak-anak suka naik keta. Juga suka sebab jalan kat JB takde tol, kereta pon tak banyak, konfem tak jem. Juga suka sebab jalan kat JB ada loop, kira masuk bandar jalan dalam, balik bleh lalu tepi pantai. Tapi apa yang menyebabkan aku nak menulis tentang Ahmad S bukan la sebab ini.

Sebabnya, banyak mende-mende tak terjangkau di pikiran yang aku dah buat dengan Ahmad S kat bandar JB ni masa kami sama belajar peringkat sarjana muda. Sangat muda juga kami pada masa itu. Daya mengembara dan meneroka sangat tinggi, bila dipikir semula, sangat kelakar, juga sangat manis.

# 1
Aku dan Ahmad S bersetuju nak mencuba makan pizza. Kami bersetuju ke HP. Sebuah kompleks paling panjang serta terkenal sebagai sarang VCD lanun terbesar di Asia Tenggara waktu itu. Sampai je terus kami ke kedai pizza. Makan besar la katakan. Bukan takde pizza kat kompleks lain yang lagi dekat, tapi sebab aku nak beli kasut Adidas kain bukan asas baldu, yang sangat murah pada waktu itu, RM69 kot, maka kami ke HP. Dah pernah tengok kasut ni masa mula-mula datang HP ramai-ramai seelok kami mendaftar di kampus dulu.

Kami (aku dan Ahmad S) bukan orang yang pandai sangat nak order pizza sendiri, tapi berbekalkan pengalaman Ahmad S yang pernah makan pizza dekat Sungai Petani masa lawatan homeroon hujung minggu dia dengan cikgu homeroom dia, dia yang order, aku ikut je, kami kira, beli set, harga bahagi dua kira agak berbaloi. Kurang RM15 sorang. Ahmad S tambah side order, mintak salad semangkuk. Pelayan terima order, suruh amik sup dan salad sendiri, dia tunjuk arah mangkuk. Kami amik sup dan salad.

Ahmad S kata, dia masih teringat salad nih, sedap gila, masa kat Sungai Petani tuh dorang makan siap tambah lagi 2-3 mangkuk salad-salad nih, tak yah bayar lebih. Aku sangsi, yeke? Tapi Ahmad S yang berpengalaman makan pizza sebelum nih suruh aku cuba, memang sedap salad segar campur segala buah-buah dengan sos seribu pulau lagi. Pizza belum sampai, mangkuk salad dah kosong. Ahmad S bangun dan mengisi lagi salad-salad baru. Yela, boleh tambahkan. Kami menikmati semula salad serta sup. Sebentar sebelum pizza sampai, pelayan datang semula.

"Encik, salad ini tak boleh tambah ye, ini kami dah tukar order encik, salad 2 ye". Pelayan menegur.

"Eh mana boleh, sebelum ni saya makan tak kene charge pon?".
Ahmad S terkejut kehairanan.

"Tak, memang tak boleh tambah encik, ini bil baru". Pelayan senyum dan berlalu.

Aku dan Ahmad S merasa perasaan yang sama. Malu, Bengang, Kelakar & Sedih. Malu dengan pelayan sebab buat-buat pandai. Bengang sebab kene charge dua kali. Kelakar sebab salah bodoh kami. Sedih sebab kami datang dengan congakan perbelanjaan yang terhad, sia-sia terbang lagi RM7 untuk lagi semangkuk salad. Walaupun begitu, pizza tetap dihabiskan, makan sama-sama sambil Ahmad S masih menegakkan kebenaran dan pengalamannya di Sungai Petani dulu. Aku hanya boleh cakap, "Sini mana nak sama macam Sungai Petani. Sana kampung ko, lain la kot."

Ahmad S menerima keadaan, mujur wang RM50 dalam poket cukup untuk menampung semua perbelanjaan di kedai pizza ini. Ahmad S jadi tak bermaya nak berbelanja lain. Cuma mengikut aku untuk membeli kasut. Dia pon dalam hati nak beli kasut yang sama. Cuma duit masih tak berapa nak ada. Aku memujuk, takpela, kasut Converse ko ni masih elok apa, aku dulu mana ada kasut macam nih masa kat sekolah.

Ada lagi siri #2 dan siri #3 bersama Ahmad S. Nantikan.

Jumaat, Januari 02, 2009

Tiba-tiba je aku ada idea

Aku baru terpikir & terlintas tentang sesuatu perkara.

Dulu masa kat skolah rendah, pada masa mula-mula diperkenalkan pada erti sebuah karangan, setiap murid harus membuat karangan, cikgu bagi tajuk atau tema, murid-murid akan olah ikut suka dorang, janji ada pendahuluan, isi dan penutup. Macam-macam isu, tajuk dan tema yang pernah cikgu aku bagi. Aku rasa antara karangan pertama aku masa sekolah rendah bertajuk "Saya sepasang selipar" entah, pen kot. Tapi tema cerita macam tu la.

Bila masuk tingkatan, tajuk karangan bagi subjek bahasa Melayu akan lebih hebat. Sofistikated dan cuba mencabar minda remaja. Tema macam "Projek Mega: adakah itu suatu kebaikan atau keburukan?". Masa nih tengah panas pasal penubuhan KLCC, KL Tower, Putrajaya, Cyberjaya dsb.

Yang buat aku terpikir, mana la nak tau, kot-kot ada cikgu yang ingin turut sopistikated pada zaman sekarang, buat tajuk "Huraikan tentang perkembangan sistem komunikasi yang semakin canggih kini dan ulaskan aplikasinya". Kalau la aku muridnya, dan ini tajuknya. Berikut merupakan isi untuk karangan aku.

Intipati yang aku akan masukan dalam karangan itu:

1. Sistem komunikasi bukan lagi terhad dengan telefon & surat sahaja. Masa kini, aku sendiri menggunakan aplikasi seperti berikut untuk medium komunikasi aku: telefon bimbit, emel, blog, laman web jaringan sosial & chat.

2. Telefon bimbit: Penggunaanya yang paling utama, paling kerap diguna untuk menghubungi seorang saudari yang dulunya kawan naik jadi angkat naik plak jadi gelfren pastu kini jadik isteri. Kalau Maxis hantar bil macam dulu, bila tiap sms dia taip, mau tebal buku panduan telefon dah bil telefon aku kalau dikumpul sejak dari mula guna telefon bimbit sampai la skarang. Dalam hidup aku, baru ada 3-4 model telefon bimbit aku guna. Koman spanar betul. Tapi apa aku kesah, janji telefon bimbit aku masih berfungsi, boleh tepon, bleh sms, amik gambar (tiada spesifikasi megapixel pon), ada internet GPRS. Cukup minimalist lah orang kata. Hahah.

3. Emel: Aku sendiri tak perasan, tapi aku punya 3 emel dan mengikut urusan-urusan yang berlainan. 1 untuk kegunaan kerja, 1 untuk jobstreet/rakan2 KLM/toastmaster(dulu) dan satu lagi untuk frenster, facebook, & blog. Semua ada fungsi sendiri dan paling banyak digunakan dah pasti emel keje la, tiap2 hari kerja aku ditentukan dengan isi-isi dari emel yang aku dapat.

4. Blog: Yang korang tatap, ni jela blog aku, pada mula ditulis sebagai catatan rekod untuk diri sendiri, di inisiatip oleh satu blog yang tiap-taip hari aku baca, skarang dia dah berhenti menulis, mula-mula aku nak buat untuk diri sendiri, kemudian aku mula buka pada adik-adik aku sebab dorang duduk di negara orang, dengan blog ni, bleh aa dorang tahu apa yang terjadi pada aku dan sekeliling, tak banyak pon aku report masuk, tapi kurang-kurang dorang ada sumber berita yang terkini, moden & personel. Hahah. Skarang aku dah bersedia untuk dibuka pada kawan-kawan, tak oficial pon, juga aku tak hebah-hebahkan pon cuma aku ada letak link kat frenster, juga kat facebook, itu pon kalau ada orang perasan la. Sape teliti dia baca la. Ini juga medium komunikasi aku, cuma komen orang yang baca je tak banyak (banyak ke orang yang baca mesalahnya?, haha), so majoritinya komunikasi sehala je la. Aku akan terus komited menjadi blogger tegar, janji tiap bulan ada entri baru. Biarla cerita panjang berjela atau kekadang karut, kurang-kurang aku mendidik minda untuk menulis karangan. Hahah.

5. Jaringan hubungan sosial alam maya: Mula-mula, sejak 1997 lepas skolah, aku mula berhubung dengan rakan maktab guna forum, kami panggil whiteboard. Kat sini memang open gila, muda remaja lagi, so posting semua untuk bahan bergurau tapi ini juga medium pengukuhan silaturahhim, banyak gathering, kumpul-kumpul main bola, makan-makan terhasil dari sini. Kemudian hujung tahun 2007 aku didorang untuk bukak Frenster oleh rakan-rakan sama2 Lambaian (sejenis kelab kemasyarakatan di UTM). Dorang lebih banyak berkomunikasi dalam ni. Aku memandang serong frenster nih dari dulu lagi, ape mende la best sangat sampai ada yang menghadap berjam-jam. Tapi memang ini dah jadi alat utama perhubungan ngan budak2 Lambaian. Juga ada forum, tapi aku sebagai super duper senior kat dalam tuh, post aku sume serius dan menggunakan akal pikiran yang matang lagi steady je. Skarang ada plak Facebook, aku mula-mula kenal dari suratkhabar bahagian IT, juga pernah dengar Tony Fernandes cakap, AirAsia pon nak buat aplikasi seakan Facebook, aku tak amik pot sangat, tapi bila diperkenalkan oleh member maktab aku, aku buat gak satu. Ooo, memang trend masa kini mende alah ni. Dapat gak jumpa sorang dua yang memang lama gila tak pernah kontek. Memandangkan forum maktab aku pon dah slow, sume dah pakat beralih ke Facebook, maka setakat nih Facebook aku hanya untuk geng2 sama maktab dengan aku je. So sama cam emel, sume diguna untuk urusan yang berbeza.

6. Chat: Mula-mula masa lepas maktab, sekitar 1998 aku mula guna mIRC, kekadang melekat dari siang sampai malam. Yela, mana nak pernah jumpa satu perhubungan beramai-ramai secara langsung dengan perkataaan berwarna-warni serta kekadang boleh menyamar jadi anonymus. chanel #cicada. Skrang, lepas aku ada frenster, rakan-rakan yang sama mendorong untuk aku masukkan YM dalam laptop. Juga aku guna untuk chat dengan rakan sekerja kat negara seberang, ganti telepon. Ini la pengganti chat aku, tapi seiring dengan usia, chat aku pon mende-mende matang dan steady sahaja, untuk saja suka-suka lawak bodoh dah kurang, melainkan aku kenal orang itu dari kecik lagi. Hahahah. (aku teringat satu lagi idea untuk statement ini, nanti dikongsikan ya).

Maka karangan aku akan di tutup dengan satu kesimpulan. Sistem komunikasi memang penting dan senantiasa berubah. Sememangnya kita perlu mengikut arus untuk sentiasa bergerak seiring dengan kemajuan sedia ada. Tapi bila-bila masa sahaja kemajuan akan berubah dan terpulang pada kita sendiri untuk mengadaptasi dengan kemajuan itu bagi mengambil peluang itu sepenuhnya. Cuma kadang-kadang kita perlu membiarkan sahaja kemajuan itu jika ia tidak memberi apa-apa nilai tambah dalam diri kita.

"p/s: cekgu, bagi saya A ye, sepersonel mungkin dah saya huraikan nih".

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...